
30 September 2025 bermulalah satu perubahan dalam cara hidup rakyat Malaysia iaitu dengan penggunaan Mykad di setiap stesen minyak pelbagai jenama. Petronas , Shell , Petron,Caltex perlu melaksanakan Budi95 iaitu pembelian minyak 95 dengan harga subsidi. Khususnya kepada rakyat Malaysia.
Harga asal adalah RM2.60, orang bukan warganegara akan membeli minyak dengan harga ini, manakala rakyat Malaysia akan dapat membeli minyak dengan harga subsidi apabila integrasi Mykad disemak semasa pembelian.
Gunakan Setel untuk Budi95
Umum mengetahui apabila perkara ini dilaksanakan, pastinya ada isu yang akan timbul. Antaranya adalah kekangan pengenalan penggunaanya di awal pelaksanaan. Namun, perkara ini akan hilang apabila sudah dibiasakan.
Tapi apa yang lebih penting adalah, adakah capaian sistem semakan kelayakan minyak untuk Budi95 ini sudah bersedia dengan kecekapan yang tinggi? Maklumlah , sudah semestinya untuk semakan ini berlaku , setiap Mykad yang disemak akan mencari maklumat di server. Saya pasti ramai yang akan mengalami kesukaran dalam transaksi ini.
Saya menyarankan kepada rakyat Malaysia supaya daftarlah dengan Setel(Petronas). Ini adalah kerana pengesahan kelayakan sudah siap sedia dilakukan oleh aplikasi ini sebelum ianya mesin minyak digunakan.
Buat masa ini,Setel dimiliki oleh Petronas, saya berpendapat bahawa penggunaan Setel boleh diperluaskan kepada stesen-stesen minyak lain agak ianya bersifat centralized dan akan menggalakkan environment digital di Malaysia disamping dalam memudahkan rakyat Malaysia berurusan.
